Tuesday, March 29, 2011

Welcome Back

salam sejahtera... kini juema kembali lagi bagi mewarnai dunia media baru blogger tanah air.. mungkin juema bukanlah seorang blogger yang profesional namun diharap kehadiran ini dapat memberi satu manfaat selain berkongsi idea dan pendapat antara kita..

MARIMAR

satu contoh bagaimana seorang wanita menjalani kehidupannya tanpa suami tanpa ayah.. tiada pendidikan asas namun cekal mengharungi hidupnya berbekalkan keazaman yang kuat dan tinggi..

Wednesday, November 19, 2008

CUTI SEMESTER DATANG LAGI!!!

cuti semester datang lagi..
mungkin ada yang seronok dan ada yang tidak..
pasti banyak perkara yang telah difikir dan dirancangkan pada cuti kali ini.

Tidak ketinggalan saya juga mempunyai perancangan yang tersendiri.
pada cuti kali ini saya tidak dapat pulang ke kampung kerana banyak kerja yang hendak disiapkan.
First, kerja dengan School Communication, buat research. Then, ada kem dengan SUKSIS pula.

Seronok rasanya bila adik-adik inter akan pergi 3 kem pada cuti kali ini. Mungkin ada yang rasa sangat baik dan ada juga yang tidak. Namun, saya rasa inilah masanya mereka menggunakan segala peluang yang ada untuk mencungkil bakat diri masing-masing. Kerana dalam setiap aktiviti banyak faedah yang akan diperolehi.
Anda boleh kenal siapa kawan anda yang sebenar, melatih diri untuk bersabar, dan mengenali kebesaran tuhan...

Tidak salah rasanya saya berkongsi pengalaman dengan adik-adik inter tentang pengalaman saya semasa kursus latihan dahulu.
Saya bawa bermacam-macam benda yang orang lain tidak bawa..seperti bag sampah hitam, tali, pisau, baju hujan dan sebagainya.
Mungkin ada yang rasa membebankan dan pelik kan tetapi itulah sebenarnya. Nak pergi masuk hutan macam-macam benda yang saya fikirkan. "sediakan payung sebelum hujan", mungkin pepatah ini yang terbaik harus disematkan dalam diri setiap individu.

Banyak kegunaan yang penting bagi barang-barang tersebut.
Apatah lagi, sekarang time hujan yang tidak menentu. Ada baiknya sediakan bag plastik yang banyak supaya barang-barang yang dibawa tidak basah atau dicuri binatang di hutan.
"Mulut celupar"..selalu datuk2 kita dahulu nasihatkan jangan celupar bila berada di dalam hutan. Hormatilah semua makhluk hutan kerana mereka juga ada perasaan.

Apapun, sematkan dalam diri sifat bekerjasama, bertanggungjawab, percaya pada diri sendiri dan berdisiplin..
yakin boleh juga dapat bentuk jati diri berguna pada masa hadapan.
Kepada adik-adik inter, saya ucapkan selamat maju jaya, happy holiday dan buatlah yang terbaik dalam apa juga aktiviti yang dilakukan.

Memang puas bila kita dapat lepaskan segala keinginan kita untuk buat sesuatu perkara yang mencabar dan menarik.
Ingat, peluang ini bukan semua orang dapat. Semuanya free dan dapat elaun lagi. Bukan senang kan??

Akhir kata,
Cik Sufri beli minyak,
Tertumpah ke baju Cik Ismail buat slumber,
Tahun depan elaun banyak
Jangan lupa belanja kawan ye..

Saturday, November 15, 2008

Jika manusia suka mengampu

Pada kali ini saya ingin membincangkan tentang manusia yang suka mengampu dan diampu. Tentu perkara ini sudah menjadi kebiasaan pendengar yang wujud dalam persekitaran melibatkan persaingan.

Memang perkara ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak pun. Ternyata perbuatan mengampu sudah menjadi trend masyarakat kini yang ingin mendapatkan sesuatu yang mereka hajati dengan cara yang cepat dan mudah.

Bukan sahaja melibatkan indivudu yang bekerja malah dalam pengajian juga. Hal ini berlaku dalam suasana kehidupan saya. Bukanlah niat iri hati atau cemburu dengan kelebihan yang diperolehi, tetapi adakah wajar jika keistimewaan itu diberikan jika tugas yang dilakukan adalah sama rata?

Sikap pilih kasih pensyarah bukanlah hal yang baru dalam dunia pendidikan masa kini. Terdapat pensyarah yang pilih kaum sejenis, ada yang pilih jika pelajar memberikan hadiah kepadanya, dan ada yang pilih kasih dengan pelajar yang rapat dengan dirinya.

Adakah suasana ini boleh menjamin kelahiran graduan yang berkualiti pada masa hadapan? Markah yang tinggi untuk mereka yang mempunyai hubungan baik dengan pensyarah. Hal ini bukan auta tetapi realiti yang berlaku di mana-mana universiti pun.

Kebetulan perkara ini berlaku dalam hidup saya. Namun, atas nasihat ibu,saya terima sahaja keadaan itu dan anggap itu rezeki masing-masing. Tetapi sampai bila fikiran kita hendak disogokkan dengan ideologi seperti itu.

Bila tiba perkara seperti ini, semuanya berkata.."sudah rezeki dia"..namun, adakah mereka fikir, itu merupakan salah satu bentuk rasuah yang diharamkan oleh agama Islam.

Kerana perkara seperti inilah masyarakat Melayu mundur kerana bukan persaingan kelebihan yang menjadi ukuran tetapi persaingan memberikan habuan yang banyak untuk memenangi hati individu lain.

Walau apapun yang berlaku, ia tetap telah berlaku. Saya harap individu yang memberi rasuah, mengampu dan si penerima dapat memikir baik buruk masa depan mereka.

Mudah-mudahan saya dijauhi dari perkara sedemikian. Wallahu'alam.

Friday, November 14, 2008

USM diiktiraf Universiti Apex

Pada September lalu Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan USM sebagai universiti pertama yang bergelar universiti Apex. Saya sangat teruja dengan pengumuman tersebut kerana sebelum pengumuman itu lagi saya telah melakukan research mengenai kelebihan universiti Apex , selain kriteria-kriteria yang ditentukan.

Apabila pengumuman dibuat, secara tidak sengaja saya telah online laman web Berita Harian yang telah mengeluarkan kenyataan menteri tersebut. Entah kenapa saya rasa terlalu gembira sedangkan saya hanya pelajar sahaja di universiti ini. Keistimewaan yang bakal diperolehi juga bukanlah untuk saya kerana saya akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Namun, kenyataannya saya memang rasa gembira. Saya ke bilik Mariati (salah seorang ahli tertinggi MPPUSM). Sebelum saya bersuara dia dah bersuara dulu. Rasanya diapun gembira apatah lagi dirinya berada dalam barisan kepimpinan tertinggi pelajar USM.

Pada majlis meraikan kehadiran Menteri pengajian Tinggi di USM, saya ditugaskan membuat liputan bagi pihak Berita Kampus. Dari dalam Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) hinggalah ke majlis berbuka puasa bersama beliau, saya hadir semata-mata untuk mendapatkan maklumat.

Tambahan pula, pada ketika itu, saya menjadi Ketua Editor bagi Berita Kampus keluaran 4, maka, saya perlu berusaha untuk mendapatkan berita yang menarik untuk dimuatkan. Perkara yang lucu yang berlaku kepada diri saya pada hari itu ialah, saya pula ditemubual oleh media RTM. Diri dah menolak kerana saya jenis orang yang tidak boleh berhadapan dengan video kamera namun, terpaksa juga memberi sedikit kenyataan mengenai pengiktirafan USM sebagai universiti Apex pertama atas permintaan.

Sebaik sahaja pulang dari majlis berbuka puasa di masjid, dalam tv dah tersiar mengenai berita itu. Apa yang saya rasa lucu kerana tidak mampu melihat diri sendiri bercakap dalam kaca televisyen. Dengan mimik muka yang serius, saya tidak terfikir perkara yang saya tuturkan adalah perkara sebenar yang ingin saya katakan. Sungguh memalukan..:(

Adalah diharapkan agar suatu hari nanti saya mampu berdiri dan berhadapan dengan penuh keyakinan di hadapan wartawan lain..


Kerjaya seorang Wartawan....

Menjadi seorang wartawan bukannya kerjaya yang mudah. Barpun ramai menganggap kerjaya ini dapat mendedahkan diri dengan pelbagai jenis manusia terutama selebriti, Yang Berhormat dan sebagainya, namun itulah cabaran.

Pada semester lalu, saya berpeluang menjalani praktikal di BERNAMA Pulau Pinang iaitu sebuah agensi berita secara online. Praktikal di sana memberi seribu pengalaman berharga buat saya kerana selain berhadapan dengan karenah masyarakat yang ditemubual, saya juga berpengalaman berhadapan dengan karenah dengan rakan sekerja. Semua itu mematangkan saya.

Adakala keadaan terlalu tertekan kerana praktikal itu adalah yang pertama dalam hidup saya. Dengan ketiadaan asas yang boleh membantu, hanya berbekalkan teori yang dipelajari di USM...saya rasa sungguh tidak berpengetahuan. Keadaan di luar sangat berbeza dengan apa yang saya rasakan di dalam kampus.

Bahasa juga mempengaruhi keadaan. Kekurangan diri dalam berdialog bahasa Inggeris menyukarkan lagi keadaan kerana kebanyakan press conference yang saya hadiri dituturkan dalam bahasa Inggeris. Inikah Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu (Perlembagaan) dalam segala majlis rasminya?

Mungkin juga kerana Pulau Pinang majoriti penduduknya berbangsa Cina dan India? Banyak soalan yang ingin saya tanya dalam sidang akhbar yang dihadiri tetapi mulut terkunci dek kerana bahasa Manglish saya yang terabur.

Namun, apa yang saya perolehi dari praktikal ini adalah satu pengalaman yang berharga dan mematangkan diri saya. Saya mempelajari sesuatu yang baru dan belajar bersabar menghadapi pelbagai ragam manusia. Pengalaman ini juga meningkatkan rasa syukur saya kepada tuhan kerana selama ini saya leka dengan kesenangan dunia walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang senang.

Mungkin kerjaya wartawan selari dengan naluri hati saya yang sukakan cabaran dan suka berkongsi maklumat. Harapan saya agar impian ini menjadi kenyataan..amin.

Thursday, June 12, 2008

AXOTRAIN: CIPTAAN TERBARU USM RAWAT PESAKIT STROK

Axotrain: Ciptaan Baru Bantu Rawat Pesakit Strok
PULAU PINANG, 5 Jun (BERNAMA) -- Kumpulan tiga pensyarah dan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta sebuah alat merawat pesakit angin ahmar atau strok berharga RM6,000.Alat itu dinamakan Intelligent Axoskeletal Arm Trainer for Stroke Patients (Axotrain), ciptaan Prof Mohd Zaid Abdullah, Prof Jafri Malin Abdullah dan Dr Mohamed Saufi Awang bersama pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Yong Kin Fei."Ciptaan itu merupakan satu daripada projek bagi pelajar tahun akhir yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi keperluan dan syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian," kata Mohd Zaid pada sidang akhbar memperkenalkan alat itu hari ini.Beliau berkata kumpulannya memerlukan tempoh setahun untuk membuat penyelidikan dan menyiapkan ciptaan alat itu yang menjuarai pertandingan Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2008, di Kuala Lumpur baru-baru ini.Axotrain digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektronik dan dikawal oleh teknologi komputer, penggunaannya dalam jangka panjang dikatakan mampu membantu memulihkan pesakit strok selain berupaya meningkatkan keupayaan pesakit mengangkat sesuatu objek.Beliau berkata alat itu menerima reaksi positif daripada pesakit strok dan beberapa pusat penjagaan kesihatan dan ia dalam proses perbincangan untuk dikomersilkan.-- BERNAMA